Thursday, July 24, 2008

Ulutopian gag reel

Tengah transfer gambar-gambar lama, terjumpa lak these clips. Dunno if you guys have seen it.

We were supposed to shoot a short clip for puck to introduce his project assignment or something. Kat bilik aku. Lola was there too. Seems like a lifetime ago.

Enjoy...





Saturday, July 12, 2008

Blog Renovation - New Looks New Features


Salam Bros,
Dalam sedar tak sedar blog ni dah lebih setahun berada di World Wide Web. Aku memang jarang menulis sejak blog ni ditubuhkan. Sebab aku memang tak berapa pandai menulis, aku lebih suka design blog ni, sekurang-kurangnya aku tau itu kelebihan aku dari korang semua yang lain. Huhuhu dengan wajah separa ria'.

Sempena setahun ni, aku mengambil kuasa veto untuk merombak dan membuat perubahan besar-besaran terhadap blog kita ni.
Tujuannye saja-saja supaya nampak baru setelah setahun berada dalam WWW.
Korang akan jumpa beberapa ciri-ciri baru kat blog ni. Korang akan discover sendiri eventually.

Aku perlukan bantuan ulutopians semua dalam proses renovation ni.

Bantuan yang diperlukan

  1. Update label bagi posting masing-masing, setiap posting mesti mempunyai
    ->ID author contoh macam Jr buat : Jr strikes again.
    ->Category posting contoh gudminton, outing, event..
    Ini bertujuan setiap posting yang ditulis akan dipaparkan di ruang Categories, jadi senang dirujuk semula.
  2. Masukkan link masing masing di ruang Links. Link-link bros semua macam fotopages, flickr, picasa. Apa-apa link yang dirasakan sesuai.



Aku mengharapkan komen, cadangan, kutukan membina dari korang semua, sila lah letak diruang komen.

Semoga dengan rupa baru dan beberapa ciri baru akan membuat korang semua lebih komited untuk sama-sama menyumbangkan apa-apa yang boleh disumbang dalam proses revival blog ini...

Terima Kaseh..

Wasalam
Ok chiow