Thursday, September 20, 2007

Images & words -by Adzla











...more pictures to come later.

Wednesday, September 19, 2007

Photo Of The Week 3 Winner

Winner for the 'Photo Of The Week 3' themed 'Utterly Whatchamacallit Beautiful' is won by Jr.





Picture title: Beautiful Result.

Winner for this round will get to announce the next round theme and set the submission time. We hope that we will receive more participation from other visitors and fellow ulutops.

I now hand over this Photo Of The Week contest to our winner, Mr. Jr for the next round POTW.

Thursday, September 6, 2007

"Memburu Impian" Zaman Roy by Θtâí

Bros. Nak cerite sikit boleh. Pagi Sabtu lepas. lepas aku bagi Adib minum, aku lepak atas buaian depan rumah aku sambil ribakan dia. Wawa keja pagi Sabtu. Masa ni biasanya aku dapat spend time lebih dengan Adib...just 2 of us. Take charge penuh uruskan hal dia, Sampai Wawa balik waktu tengah hari.

Istimewanya bila aku hanya berdua dengan Adib, aku akan lebih banyak cermin diri. Muhasabah. Dimana aku sekarang. Apakah pencapaian aku. Adakah aku di atas trek yang betul. menuju kearah yang betul. Recheck Apakah yang aku inginkan dalam hidup aku.

Dalam aku menyoal diri, Suddenly aku terkenang masa dulu-dulu. Zaman remaja. Zaman otak kita tak banyak partition untuk dibahagikan. Zaman masalah kecik pon kita fikir macamlah berat sangat. Zaman kalau takde duit pon hanya perut kita ajer yang lapar. Zaman kalau malas hari minggu baju dan motor sendiri jer yang tak berbasuh. Pendek kata, fikir maintenance diri kita aje.

Aku ingat balik cita-cita yang aku setkan pada masa tu. Aku gali balik dari lubuk fikiran cam mana aku gambarkan masa depan aku. Masa tu jugak aku mula sedar bila terlalu sibuk dengan hidup, kita selalu lupa pada hal yang paling diinginkan dalam hidup. Mungkin kita tak lagi peduli dengan cita-cita masa dulu. Apa yang penting bagi kita kehidupan yang kita jalani sekarang elok sahaja. Kita cukup duit, ada rumah, kereta, Isteri comel, anak sihat ect..ect..

Tak ramai yang berani berusaha menghidupkan balik impian lama. Dan aku jugak antara orang yang merasakan impian masa remaja tak realistik lagi untuk dikejar. Sebenarnya bukan cita-cita tu yang tak realistik, Cuma keadaan sekarang yang membuatkan cita-cita atau keinginan kita yang dulu semakin jauh dari gengaman.

Tanya kawan-kawan opis aku ada yang cita-cita nak jadi juruterbang pesawat pejuang, ada yang nak jadi inventor, ada yang nak jadi wild life photographer ada yang nak jadi peramugari ada yang nak jadi pemain bola pro...Tapi akhirnya sume jadi IT Savvy..

Aku selitkan kat sini lagu Roy – Memburu Impian. Apa kaitannya dengan post aku? Tengok klip video ni aku terkenang zaman remaja. Zaman penuh dengan cita-cita ke angan-angan ke. Masa remaja dulu memang kita banyak keinginan. Pasang angan-angan memang seronok. Tak semua mampu jadi kenyataan. There's more to see than can ever be seen. More to do than can ever be done.


Enjoy !



Lirik Memburu Impian

Ku JejakJalan Yang Berliku
Membara Jiwaku Memburu Impian
Ku Renang Lautan Gelora
Biarpun Tersadai
Di Hujung Dunia
Akan Ku Rempuhi Segala Rintangan
Biarpun Rebah Ku Bangun Sendiri
Korus
Akan Ku Genggam Biarpun Hitam
Menjadi MilikkuKu Mula
Dengan Langkah Ini
Menuju Sinaran Yang Abadi
---------------------------------------



Masa zaman roy apa yang korang angan-angankan dulu?