Saturday, July 12, 2008

Blog Renovation - New Looks New Features


Salam Bros,
Dalam sedar tak sedar blog ni dah lebih setahun berada di World Wide Web. Aku memang jarang menulis sejak blog ni ditubuhkan. Sebab aku memang tak berapa pandai menulis, aku lebih suka design blog ni, sekurang-kurangnya aku tau itu kelebihan aku dari korang semua yang lain. Huhuhu dengan wajah separa ria'.

Sempena setahun ni, aku mengambil kuasa veto untuk merombak dan membuat perubahan besar-besaran terhadap blog kita ni.
Tujuannye saja-saja supaya nampak baru setelah setahun berada dalam WWW.
Korang akan jumpa beberapa ciri-ciri baru kat blog ni. Korang akan discover sendiri eventually.

Aku perlukan bantuan ulutopians semua dalam proses renovation ni.

Bantuan yang diperlukan

  1. Update label bagi posting masing-masing, setiap posting mesti mempunyai
    ->ID author contoh macam Jr buat : Jr strikes again.
    ->Category posting contoh gudminton, outing, event..
    Ini bertujuan setiap posting yang ditulis akan dipaparkan di ruang Categories, jadi senang dirujuk semula.
  2. Masukkan link masing masing di ruang Links. Link-link bros semua macam fotopages, flickr, picasa. Apa-apa link yang dirasakan sesuai.



Aku mengharapkan komen, cadangan, kutukan membina dari korang semua, sila lah letak diruang komen.

Semoga dengan rupa baru dan beberapa ciri baru akan membuat korang semua lebih komited untuk sama-sama menyumbangkan apa-apa yang boleh disumbang dalam proses revival blog ini...

Terima Kaseh..

Wasalam
Ok chiow










4 comments :

Unknown said...

aku tak suka aa kaler scheme baru ni beb.... yang dulu lagi cung... best ada logo ulutops karya agung lola tu kat atas...

ke aku punya browser bukak jadik lain dari apa yg korang tgk???

apa2 pun... sebab aku keluarkan air liur je... aku sokong kerja2 yang ko buat ni otai... aku sokong!!!

BX922S2 said...

hahahha....
okla kalau ko tak ske kaler..ko bole bagi le cadangan... kalau nak revert pada yang lama pon boleh sebab aku simpan lagi templatenyer...takde hal nyer...
revert jadi sebijik macam dulu..

Pasal Logo boleh dimasukkan cuma lola kene ubah sket saiz logo tu...tu nanti bole bincang...

Aku buat dulu baru kita bincang reramai.... sebab kalau nak tunggu bincang baru buat sampai bile pon tak buat....

pasal widget2 yg dah takde harap takde yg kecik hati... sebab aku fikir kalau terlalu banyak jadi tak best... tapi macam aku kate..semua boleh diperbincangkan..

Ok yang lain plak ape komen...

BX922S2 said...

Kepada yg berminat membuat banner saiz nyer adalah 900px X 200px. Harap maklum

BX922S2 said...

Banyak lagi perubahan untuk buat blog ni kelihatan cun, idea dan sumbangan dari bros sume amat diharapkan...